Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ALL Controller – Pengawal Permainan Universal Untuk Pelbagai Platform

Papan kekunci universal sudah wujud di pasaran sejak bertahun lamanya. Logitech K480 contohnya ada menghasilkan papan kekunci yang boleh digunakan pada Windows, Mac, Android dan iOS. Jadi secara logiknya pengawal permainan universal sepatutnya telah wujud. ALL Controller ialah pengawal permainan yang memenuhi kriteria ini.

Ia boleh digunakan pada konsol PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One, Xbox 360, Nintendo Wii dan Wii U. Ia turut menyokong Android, Andoid TV, iOS, Mac, Apple TV, Windows dan Linux Terdapat perancangan untuk menyokong Nintendo Switch di masa hadapan.

Terdapat dua butang analog, satu D-Pad, empat butang muka, empat butang bahu, dua butang picu bawah dan beberapa lagi butang kawalan. Walaubagaimanapun kami menyedari ia tidak mempunyai sokongan pad sesentuh seperti yang ditemui pada DualShock 4. ALL Controller sedang mengumpul dana melalui Kickstarter dan boleh dipesan pada harga CAD 55 (~RM 186) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ALL Controller – Pengawal Permainan Universal Untuk Pelbagai Platform"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info