Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Watak Musuh Terhebat Dan Pengikut Setia Dari Shadow Of Mordor Boleh Diimport Ke Shadow of War

Middle Earth : Shadow or War ialah permainan sambungan kepada Shadow of Mordor yang hadir pada tahun 2014. Di dalam SOM, pemain akan bertemu musuh secara dinamik mengikut segala aksi yang mereka lakukan. Musuh yang berjaya membunuh pemain akan mengingati mereka dan mempunyai dialog mengejek kekalahan yang dialami.

Pertelingkahan dengan watak dari SOM boleh diteruskan di dalam SOW menerusi fungsi Nemesis Forge. Ia diaktikan melalui kemaskini SOM pada PlayStation 4, Xbox One dan PC. Pembangun SOW turut membenarkan pemain mengimport pengikut mereka yang paling setia untuk menentang Sauron di dalam permainan terbaru ini.

Kemaskini ini membuatkan kami perlu memainkan semula Shadow of Mordor dan meningkatkan tahap kekuatan pengikut paling setia kami supaya hanya yang terbaik akan diimport ke Shadow of War 10 Oktober kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Watak Musuh Terhebat Dan Pengikut Setia Dari Shadow Of Mordor Boleh Diimport Ke Shadow of War"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info