Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Volterman – Dompet Pintar Dengan Kamera Yang Mengambil Gambar Pencuri

Masalah penyeluk saku sudah wujud sejak beratus tahun. Bagi mangsa perkara paling menyusahkan selepas dompet dicuri ialah perlu mendapat kad bank dan MyKad gantian. Pada waktu yang sama terpendam di dalam hati mahu mengetahui identiti perompak.

Dompet pintar Volterman dihasilkan untuk tujuan ini. Ia dilengkapi kamera yang mengambil gambar pencuri apabila dompet dibuka. Lokasi dompet juga boleh dijejak menggunakan telefon pintar kerana ia dilengkapi sistem GPS terbina serta slot SIM. Ini turut membolehkannya menjadi sebuah hotspot WiFi. Terdapat sistem penggera yang memberikan notifikasi kepada peranti sekiranya pemilik tercicir dompet secara tidak sengaja.

Fungsi tambahan lain ialah power bank terbina dengan kapasiti sehingga 5000 mAh serta sistem pengecasan tanpa wayar terbina untuk peranti pintar. Dompet pintar ini sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo dan boleh dipesan pada harga bermula $135 (~RM 582) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Volterman – Dompet Pintar Dengan Kamera Yang Mengambil Gambar Pencuri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info