Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Toshiba Hadir Dengan Memori Flash QLC Pertama Di Dunia

Jika anda fasih dengan terminologi yang digunakan dalam pembinaan storan digital SSD (Solid State Drive), anda pasti tahu mengenai penggunaan memori flash TLC (Triple Level Cell) dan MLC (Multi Level Cell). Komponen ini merupakan salah satu blok pembinaan untuk semua jenis SSD.

Toshiba, pembuat peralatan ICT, termasuklah memori flash untuk storan digital kini hadir dengan QLC, ataupun Quad Level Cell yang mempunyai jumlah storan yang lebih tinggi lagi berbanding dengan MLC dan juga TLC.

Setiap satu sel QLC mempunyai jumlah storan sebanyak 768 gigabit, berbanding dengan 512 gigabit yang hadir di dalam setiap sel TLC. Menurut Toshiba, sel-sel QLC ini, apabila ditindih di dalam konfigurasi 16 sel untuk satu perkakasan storan, akan memberi SSD tersebut storan sebanyak 1.5TB, pada kos yang sama untuk sebuah SSD yang mempunyai storan yang lebih kecil.

Toshiba juga baru sahaja menghantar sample memori flash QLC ini kepada pembuat-pembuat SSD di seluruh dunia, dan SSD yang menggunakan QLC ini pasti akan hadir tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Toshiba Hadir Dengan Memori Flash QLC Pertama Di Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info