Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Thermaltake Memperkenalkan Rangka PC Thermaltake View 21 Tempered Glass Edition

Jika anda ingin membeli sebuah rangka komputer yang membolehkan anda melihat komponen-komponen yang dipasang didalamnya, Thermaltake baru sahaja mengumumkan butiran mengenai rangka Thermaltake View 21 Tempered Glass Edition yang diumumkan di acara Computex 2017 beberapa bulan lepas.

Rangka asasnya menggunakan logam yang biasa digunakan dalam pembinaan rangka PC, tetapi perbezaannya di sini ialah panel kaca terbaja setebal 4mm yang membolehkan pembina melihat kedalam komputer tersebut.

Dari segi spesifikasi, rangka ini hadir dengan rak simpanan untuk dua cakera keras dan empat SSD. Rangka View 21 ini juga boleh memuatkan papan induk bersaiz Mini-ITX, Micro-ATX dan juga ATX, dan boleh memuatkan penyejuk CPU setinggi 160mm dan kad grafik bersaiz penuh sepanjang 410mm.

Dari segi kipas dan penyejukan, panel depan rangka ini dapat memuatkan radiator untuk sistem penyejukan cecair khusus, ataupun radiator sebesar 360mm jika menggunakan penyejuk AIO. Panel tersebut juga dapat memuatkan tiga kipas 120mm, setiap pembelian rangka ini hanya hadir dengan sebuah kipas 120mm sahaja.

Menurut pihak Thermaltake, rangka ini akan hadir pada penghujung bulan ini untuk beberapa pasaran terpilih pada harga $70 (~RM240). Buat masa ini, masih belum diketahui lagi sama ada rangka ini akan hadir buat pasaran Malaysia ataupun tidak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Thermaltake Memperkenalkan Rangka PC Thermaltake View 21 Tempered Glass Edition"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info