Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tencent Membuat Permohonan Lesen Untuk Menawarkan WeChat Pay Di Malaysia

Di China, perkhidmatan WeChat sangat popular dan digunakan secara meluas. Selain hanya perkhidmatan permesejan, ia juga turut menawarkan perkhidmatan pembayaran yang dinamakan sebagai WeChat Pay.

Kini, ia dilaporkan yang mana Tencent turut telah membuat permohonan lesen untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran melalui WeChat di Malaysia. Sekiranya menerima kebenaran, Malaysia akan menjadi negara pertama luar China yang menawarkan perkhidmatan pembayaran WeChat Pay ini.

Dengan adanya WeChat Pay kelak, pengguna Malaysia turut boleh menghubungkan akaun bank tempatan ke WeChat Pay dan menggunakan ia untuk membayar pada nilai ringgit – lebih kurang sama seperti Samsung Pay, MayBank Pay dan sebagainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tencent Membuat Permohonan Lesen Untuk Menawarkan WeChat Pay Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info