Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telefon 4G “Percuma” Reliance Jio Phone Dilancarkan Di India Dengan Pakej Data Internet Tanpa Had

Tahun lalu peranti Freedom 251 dilancarkan di India sebagai “telefon pintar termurah di dunia”. Peranti ini walaubagaimanapun gagal memenuhi janji dan mengakibatkan wang pelanggan dipulangkan. Minggu lalu peranti Reliance Jio Phone dilancarkan di India dan ia adalah peranti 4G yang diberikan “percuma”.

Pengguna hanya perlu membayar wang cagaran ₹ 1500 (~RM 99) yang akan dikembalikan semula apabila peranti dipulangkan selepas tiga tahun. Dengan bayaran bulanan ₹153 (~RM 10), pelanggan boleh melakukan panggilan suara percuma, mesej suara percuma dan penggunaan data tanpa had.

Jio Phone bukan sebuah peranti pintar tetapi dilengkapi lampu suluh, aplikasi penstriman video dan muzik. Terdapat sambungan yang membolehkan telefon ini disambung kepada televisyen. Ia turut mempunyai sistem NFC yang membolehkan pembayaran tanpa wang kertas. Pra-tempahan akan dibuka pada 15 Ogos hadapan dan ia akan dijual pada bulan September.

Di India nampaknya terdapat penawaran untuk golongan kurang berkemampuan dengan pakej data yang amat murah. Adakah pakej seperti ini akan menarik minat pembaca Amanz sekiranya ia ditawarkan di Malaysia?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telefon 4G “Percuma” Reliance Jio Phone Dilancarkan Di India Dengan Pakej Data Internet Tanpa Had"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info