Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Taiwan Excellence Pavilion Bakal Hadir Buat Kali Pertama Di Malaysia – Mempamerkan Lebih 100 Produk Terbaik Daripada Syarikat-Syarikat Taiwan

Taiwan Excellence merupakan sebuah simbol kecemerlangan yang tertinggi untuk sesebuah produk yang direka oleh sebuah syarikat di Taiwan, dimana kerajaan Taiwan sendiri akan menjamin kualiti dan keberkesanan sesebuah produk tersebut. Produk-produk ini kemudiannya akan dieksport ke seluruh dunia dan dijual dengan bangga.

Untuk mempromosikan produk-produk ini, pihak kerajaan Taiwan, bersama-sama dengan TAITRA (Taiwan External Trade Development Council) biasanya akan menganjurkan acara Taiwan Excellence Pavilion, dimana syarikat-syarikat dari Taiwan, seperti ASUS, Acer, MSI, dan lain-lain akan hadir untuk menunjukkan produk-produk yang terbaru dan terbaik.

Acara Taiwan Excellence Pavilion akan buat pertama kali di Malaysia, dan ianya akan diadakan pada hari esok (12 Julai 2017) untuk lima hari sehingga 17 Julai 2017 di pusat membeli belah 1 Utama. Menurut pihak pengurusan Taiwan Excellence Pavilion, pengunjung acara tersebut boleh melihat lebih 100 produk-produk daripada pelbagai syarikat-syarikat yang berasal dari Taiwan, termasuklah dari sektor teknologi, kesihatan, keselamatan dan sebagainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Taiwan Excellence Pavilion Bakal Hadir Buat Kali Pertama Di Malaysia – Mempamerkan Lebih 100 Produk Terbaik Daripada Syarikat-Syarikat Taiwan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info