Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Syarikat Kereta Terbang Terrafugia Diambil Alih oleh Geely

Kereta terbang masih lagi belum boleh dilihat digunakan secara meluas di angkasa raya. Idea kereta terbang sudah diidamkan manusia sejak puluhan tahun tetapi menjadi realiti pada tahun 2009 dengan Terrafugia Transition. Kereta yang mempunyai sayap boleh lipat ini sepatutnya memulakan produksi pada tahun 2011 tetapi sehingga kini tidak ada satu kereta terbang beroperasi secara umum.

Sungguhpun begitu menurut laporan South China Morning Post, Terrafugia telah diambil alih oleh Geely yang merupakan gergasi automotif di China. Terrafugia pula sedang membangunkan TF-X yang mampu membawa empat penumpang dengan kemampuan swaterbang. Dengan pembelian ini, Terrafugia kini di bawah payung Geely bersama jenama gergasi iaitu Volvo dan Proton.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Syarikat Kereta Terbang Terrafugia Diambil Alih oleh Geely"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info