Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Utama Untuk Windows Phone 8.1 Ditamatkan

Setiap versi perisian mempunyai tarikh tamat sokongannnya. Terkini, untuk Windows Phone 8.1, setelah sekitar tiga tahun sejak diperkenalkan, sokongan untuknya telah pun tamat secara rasminya hari ini, 11 Julai 2017. Microsoft masih tidak mengumumkan sama ada mereka akan memperluaskan sokongan untuknya atau sebaliknya.

Windows Phone 8.1 telah diperkenalkan pada 2014 yang lepas, dimana ia ketika itu popular dikalangan pengguna peranti Nokia dibawah apa yang dikenali dengan kemaskini Lumia Denim.

Sejak daripada itu, sistem operasi Windows Phone telah melalui pelbagai perubahan, dan kini dikenali dengan nama Windows 10 Mobile.

Menurut AdDuplex, salah satu firma yang memantau statistik penggunaan peranti, mereka menyasarkan sekitar lebih 70% peranti masih menggunakan Windows Phone 8.1 – sekaligus menjadikan majoriti peranti Windows Phone tidak disokong. Jumlah yang sangat kecil menggunakan Windows 10 Mobile juga mungkin menjadikan pembangun kurang tertarik untuk memfokuskan kepada platform berkenaan.

Untuk kemaskini ke Windows 10 Mobile pula, beberapa peranti sedia menawarkannya, tetapi kerana proses yang sedikit berbeza yang memerlukan muat-turun Upgrade Advisor, masih ramai yang tidak melakukannya. Malah, terdapat beberapa peranti yang turut tidak menerima kemaskini Windows 10 Mobile.

Bagi anda, sekiranya anda masih menggunakan Windows Phone 8.1, adakah anda akan mendapatkan peranti baru, atau menantikan sokongan yang diperlanjutkan daripada Microsoft?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan Utama Untuk Windows Phone 8.1 Ditamatkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info