Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Selamat Tinggal MS Paint – Tidak Lagi Dibangunkan, Dan Mungkin Dibuang Pada Kemaskini Windows Akan Datang

Microsoft kini dalam persiapan untuk melancarkan kemaskini sistem operasi terbaru mereka, Windows 10 Fall Creators Update, dan beberapa perkara baru dikongsikan gergasi perkomputeran berkenaan dari hari ke hari. Terkini, Microsoft melalui laman sokongan mereka telah mengumumkan sejumlah ciri-ciri dan perisian yang akan dibuang atau tidak lagi disambung pada Windows 10 Fall Creators Update.

Menurut Microsoft, mereka tidak lagi akan menyertakan aplikasi 3D Builder, Outlook Express, Reader App, Reading List, dan ciri ScreenSaver pada Themes.

Beberapa ciri-ciri ini tidak lagi akan disertakan kerana ia telah diintegrasikan pada perisian atau aplikasi yang lain. Sebagai contoh, Reader App dan Reading List telah diintegrasikan dan disertakan pada Microsoft Edge.

Disamping itu, pada pengumuman sama, Microsoft turut mengumumkan yang mana Microsoft Paint tidak lagi dibangunkan – dan mungkin dibuang pada kemaskini akan datang.

Paint

Seperti ramai sedia maklum, pengguna seluruh dunia mempunyai nostalgia tersendiri bersama Microsoft Paint – apatah lagi ia adalah salah satu penyunting gambar yang sangat pantas dan memudahkan pengguna membuat pelbagai penyuntingan asas melaluinya.

Mungkin langkah ini juga diambil oleh Microsoft memandangkan mereka telah hadir dengan Paint 3D sebelum ini.

Bagi anda, adakah anda masih aktif menggunakan MS Paint, atau telah bergantung kepada perisian penyunting gambar yang lebih berkuasa? Adakah anda akan merindui perisian popular ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Selamat Tinggal MS Paint – Tidak Lagi Dibangunkan, Dan Mungkin Dibuang Pada Kemaskini Windows Akan Datang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info