Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Sekali Lagi Menghalang Butang Bixby Diprogramkan Semula Untuk Melancarkan Aplikasi Lain

Samsung Galaxy S8 dan S8+ adalah peranti pertama keluaran mereka yang dilengkapi pembantu maya Bixby. Bagi memudahkan penggunaan, sebuah butang khas Bixby diletakkan pada sisi kiri peranti. Pembangun aplikasi menemui jalan untuk membolehkan aplikasi selain Bixby untuk dilancarkan apabila butang ditekan. Antara aplikasi yang membenarkan fungsi ini ialah bxAction.

Samsung Bixby

Tetapi pengguna di Amerika Syarikat mula melaporkan aplikasi ini tidak lagi berfungsi selepas menerima kemaskini keselamatan untuk bulan Jun. Ini bukan kali pertama kali Samsung menghalang butang Bixby dari diprogramkan semula. Aplikasi All in One Gesture  dihalang pada bulan April yang lalu. Pihak Samsung mengatakan memprogramkan semula fungsi butang Bixby boleh mendatang masalah sekuriti pada peranti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Sekali Lagi Menghalang Butang Bixby Diprogramkan Semula Untuk Melancarkan Aplikasi Lain"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info