Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Sekali Lagi Dilaporkan Sedang Membangunkan Speaker Pintar Seumpama Amazon Echo

Samsung ketika memperkenalkan Galaxy S8 tempoh hari, turut telah memperkenalkan pembantu maya digital pintar mereka yang dinamakan sebagai Bixby. Ketika pengenalan, Samsung sedia mengatakan Bixby bakal diintegrasikan pada pelbagai peranti keluaran mereka – termasuk perkakasan rumah dan sebagainya.

Terkini, WSJ melaporkan sekali lagi yang mana Samsung sedang membangunkan sebuah speaker pintar yang dikuasakan Bixby – lebih kurang seperti Amazon Echo, Google Home, mahupun seperti Apple HomePod. Projek pembangunan Samsung ini dikenali dengan nama kod Vega buat masa ini.

Buat masa ini, Bixby hanya menyokong bahasa Korea sahaja, dan mungkin ia akan mengambil sedikit masa sebelum ia boleh bersaing dengan produk lain dalam bahasa Inggeris. Penawaran ia dalam bahasa Inggeris masih tidak begitu baik, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum ia menjadi lebih baik.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memperkenalkan speaker pintar ini. Dengan kelebihan audio daripada Harman yang dimiliki oleh Samsung, mungkin kita boleh nantikan suatu speaker yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Sekali Lagi Dilaporkan Sedang Membangunkan Speaker Pintar Seumpama Amazon Echo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info