Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung SDI Dilaporkan Sedang Membangunkan Bateri Solid State

Tahun lalu kita tidak boleh lari dari mendengar berita letupan yang berlaku pada Samsung Galaxy Note 7. Masalah pengilangan dan rekaan pada bateri adalah penyebabnya. Samsung terpaksa menarik semula jualan Galaxy Note 7 bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Realitinya ialah bateri Li-ion yang digunakan pada kesemua peranti mempunyai risiko meletup jika tidak digunakan dengan betul.

Bagi mengelakkan kejadian seperti ini dari berlaku di masa hadapan, Samsung SDI dilaporkan sedang membangunkan bateri solid state. Tidak seperti bateri Li-ion, bateri solid state tidak mempunyai elektrolit cecair yang berbahaya. Sekiranya ia berjaya dihasilkan, Samsung mungkin akan menggunakannya di dalam peranti pintar keluaran mereka dalam masa dua tahun.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung SDI Dilaporkan Sedang Membangunkan Bateri Solid State"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info