Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Pay Mengumumkan Sokongan Integrasi PayPal

Samsung Pay telah mula diperkenalkan untuk pengguna tempatan sejak sebelum ini, dimana sejumlah bank tempatan telah mula menyokongnya untuk menggunakan kad keluaran mereka untuk membuat pembayaran melalui Samsung Pay di kedai-kedai yang menerimanya.

Kini selain hanya sokongan untuk kad bank, pihak Samsung turut mengumumkan kerjasama dengan pihak PayPal untuk mengintegrasikan sokongan PayPal pada Samsung Pay.

Dengan integrasi ini, pengguna boleh menambah akaun PayPal ke Samsung Pay, dan menggunakan ia untuk membuat pembayaran – sekaligus membawa penggunaan akaun PayPal untuk transaksi di kedai-kedai fizikal, dan bukan terhad untuk atas-talian sahaja.

Buat masa ini, integrasi ini diperkenalkan bermula daripada pengguna Amerika Syarikat – dan akan diperluaskan ke negara-negara lain secara berperingkat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Pay Mengumumkan Sokongan Integrasi PayPal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info