Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Note 7 FE Akan Dilancarkan Secara Rasmi 7 Julai Ini

Samsung akan melancarkan semula Galaxy Note 7 sebagai Samsung Galaxy Note 7 Fan Edition. Ini bukan  lagi misteri dah disahkan oleh mereka pada bulan Mei yang lalu. Hari ini akhirnya Samsung mengesahkan peranti ini dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai hadapan.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.7″ AMOLED QHD, Pemproses Exynos 8890, memori sebesar 4 GB RAM dan storan 64 GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Perbezaan Note 7 FE dari Note 7 asal ialah bateri kini dikecilkan ke 3200 mAh. Pada waktu yang sama ia turut menggunakan Android 7.1.1. Peranti ini akan dijual pada harga Won 699,600 (~RM 2623).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note 7 FE Akan Dilancarkan Secara Rasmi 7 Julai Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info