Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dilaporkan Membelanjakan $21 Billion Bagi Membuka Kilang Skrin OLED Untuk Memenuhi Keperluan Apple

Pengeluar skrin OLED bagi peranti pintar terbesar di dunia ialah Samsung. Gergasi Korea Selatan ini sudah bertahun menggunakan skrin OLED pada peranti pintar keluaran mereka. Kos penghasilan panel kini semakin murah dan hasilnya permintaan meningkat dengan mendadak. Bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat, Samsung dilaporkan membelanjakan $21 Billion (~RM 90 Billion) untuk membuka kilang OLED baru.

Kilang baru ini bakal beroperasi menjelang 2019 dengan kemampuan menghasilkan 270,000 panel OLED sebulan. Peningkatan kapasiti pengeluaran ini adalah perlu kerana Samsung perlu membekalkan panel OLED untuk kegunaan sendiri dan juga 70 Juta yang dipesan Apple. iPhone 8 yang bakal dilancarkan tahun ini dipercayai menggunakan panel OLED keluaran Apple. Kesemua model iPhone pada tahun 2018 turut dipercayai akan menggunakan OLED sepenuhnya.

Samsung dan Apple mungkin masih bertelagah di mahkamah kerana kes saman rekaan iPhone yang dikatakan dicuri tetapi ini tidak menghalang mereka dari terus mempunyai hubungan perniagaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Dilaporkan Membelanjakan $21 Billion Bagi Membuka Kilang Skrin OLED Untuk Memenuhi Keperluan Apple"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info