Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekabentuk Reddit Akan Dikemaskini Untuk Kelihatan Seperti Facebook Dan Twitter

Reddit ialah laman bagi mereka yang mahukan berita terkini dan menarik sebelum ianya menjadi arus perdana di laman-laman lain. “Redditors” terdiri dari pelbagai latar belakang dan mempunyai komuniti tersendiri. Laman ini kini mempunyai nilai mencecah $1.8 Billion (~RM 7.7 Billion). Bagi memastikan ia terus menarik minat pengguna, rekabentuk laman popular ini akan dikemaskini.

CEO Reddit Steve Huffman di dalam temuramah bersama Recode dipetik berkata rekaan semasa kelihatan ketinggalan zaman. Tidak banyak perubahan dilakukan pada rekaan laman sejak memulakan operasi pada tahun 2005. Oleh itu rekaan yang lebih mengikut trend terkini perlu dilakukan.

Beberapa rekaan awal yang dikongsi bersama Recode  dilihat menyamai rekaan Facebook dan Twitter. Rekaan lebih menumpukan visual dan bukannya teks seperti sekarang diharap akan meningkatkan jumlah pembaca serta menjana klik.

Selain daripada itu Reddit akan membenarkan pengguna memuat naik terus video ke laman. Ia kini masih di dalam tahap ujian Beta. Seperti majoriti laman di internet, kandungan video akan menjadi tumpuan utama. Ini tidak mengejutkan kerana Vice dan Facebook adalah dua laman yang kini memberikan tumpuan lebih kepada video.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekabentuk Reddit Akan Dikemaskini Untuk Kelihatan Seperti Facebook Dan Twitter"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info