Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ransomware Android Hadir Mengugut Ingin Sebarkan Data Anda Kepada Rakan-Rakan Lain

Ransomware telah menjadi salah satu topik hangat akhir-akhir ini yang menyerang sejumlah komputer seluruh dunia. Kini, selain hanya komputer, sebuah perisian hasad baru turut hadir menyerang pengguna peranti Android.

Dinamakan sebagai LeakerLocker, ia hadir bersama beberapa aplikasi yang mencurigakan di Google Play Store. Menurut McAffee, aplikasi ini tidak menyulitkan sebarang data pada peranti pengguna, tetapi sebaliknya mengatakan ia mungkin membuat salinan beberapa data dan mengugut pengguna untuk menyebarkan ia kepada rakan-rakan lain di buku alamat.

Ransomware Android

Antara data yang dikumpulkan adalah termasuk gambar, data pelayaran web, emel, mesej Facebook dan sebagainya. Ransomware ini menerima akses kepada semua data ini apabila pengguna memasang sesuatu aplikasi dan memberikan akses tanpa sedar untuknya – terutamanya mereka yang kurang arif dengan arena teknologi.

Perisian ini mengugut untuk menyebarkannya melainkan anda membayar $50 untuk mengelakkannya. Menurut McAfee, tiada informasi yang biasanya disalin ketika memaparkan notifikasi berkenaan, tetapi tidak mustahil untuk ia dilaksanakan menggunakan arahan melalui pelayan.

McAfee juga menekankan supaya pengguna tidak melakukan sebarang bayaran untuknya – memandangkan tidak mustahil data anda masih boleh diambil dan tidak dipadam sepenuhnya daripada pelayan mereka.

Apa pun, seperti biasa, kami nasihatkan supaya memasang aplikasi daripada penerbit yang anda percaya sahaja – dan elakkan memberikan kebenaran tidak diperlukan untuk sesuatu aplikasi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ransomware Android Hadir Mengugut Ingin Sebarkan Data Anda Kepada Rakan-Rakan Lain"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info