Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PlayStation Experience Asia Tenggara Akan Berlangsung Di Kuala Lumpur 5 Ogos Hadapan

Misteri mengenai acara yang dianjurkan oleh PlayStation di Kuala Lumpur kini terjawab. Pada 5 Ogos hadapan acara PlayStation Experience Asia Tenggara akan berlangsung secara julung kalinya di Asia Tenggara betempat di KL Live.

Acara ini terbuka kepada semua dan masuk pula adalah percuma. Bagi yang hadir mereka boleh mencuba sendiri beberapa demo permainan yang diperlihatkan di acara E3 yang lalu. Antara demo yang akan hadir ialah Everybody’s Golf, Detroit Beyond Human, GT Sports, Knack II dan Far Cry 5. Ini walaubagaimanapun bukan senarai akhir demo-demo yang  boleh dicuba oleh pengunjung. Mereka juga berpeluang menerima barangan berjenama PlayStation pada acara yang sama. Sebelum ini PlayStation experience berlangsung di Las Vegas. Bagi peminat PlayStation, ini adalah acara yang kami pastinya tidak boleh dilepaskan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PlayStation Experience Asia Tenggara Akan Berlangsung Di Kuala Lumpur 5 Ogos Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info