Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Platform Belajar Bermain Gitar Secar Atas Talian Fender Play Dilancarkan

Sekiranya anda melanggan kepada perkhidmatan Adobe, terdapat pelbagai video tutorial boleh ditonton bagi mempelajari teknik penggunaan perisian keluaran mereka. Belajar secara atas talian membolehkan pelajar mengikuti langkah mengikut keselesaan peribadi. Dari pengalaman peribadi ia adalah lebih efektif dari pembelajaran di dalam kelas.

Konsep belajar secara atas talian kini digunapakai oleh Fender. Syarikat pengeluar gitar ternama ini baru sahaja melancarkan perkhidmatan Fender Play. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan boleh mempelajari teknik bermain gitar dengan hanya menonton video. Video tutorial boleh ditonton menerusi komputer ataupun aplikasi iOS.

Pelbagai genre lagu boleh dipelajari mengikut minat pelajar. Bayaran bulanan $19.99 (~RM 86) dikenakan tetapi ia boleh dicuba selama 30 hari secara percuma.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Platform Belajar Bermain Gitar Secar Atas Talian Fender Play Dilancarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info