Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Permainan FIFA Digunakan AS Roma Untuk Mengumumkan Pembelian Pemain Baru

Di dalam dunia permainan video bola sepak, nama yang paling gah ialah siri FIFA. Ia dihadapan Pro Evolution Soccer kerana cara permainan yang lebih realistik dan mempunyai lesen menggunakan nama-nama kelab sebenar. Di kalangan pemain bola sepak profesional, FIFA ialah antara hobi masa lapang mereka. Menarik sekali kelab bolasepak Itali AS Roma melakukan sesuatu yang unik menggunakan permainan FIFA hujung minggu lalu.

Pembelian pemain baru mereka Lorenzo Pallegrini dilakukan menggunakan permainan ini. Video pendek Pallegrini menjaringkan gol di dalam permainan sebagai pemain Roma digunakan sebagai pengumuman pembelian beliau dari kelab Sassuolo. Mungkin selepas ini apa yang dilakukan oleh Roma akan menjadi ikutan kelab lain. Ia lebih menarik berbanding pengumuman biasa yang memaparkan gambar pemain memegang jersi dan mafla pasukan baru mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Permainan FIFA Digunakan AS Roma Untuk Mengumumkan Pembelian Pemain Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info