Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perisian Ini Membantu Anda Memantau Informasi Penggunaan Rangkaian Di Komputer

Bagi anda yang menggunakan komputer Windows 8 dan Windows 10, kini pihak Nirsoft telah memperkenalkan perisian NetworkUsageView, yang mana melaluinya ia memudahkan anda melihat pelbagai informasi yang dikumpulkan oleh komputer anda berkenaan dengan perisian-perisian yang menghantar dan menerima data melalui rangkaian.

Network Usage View

Melalui perisian ini, pengguna boleh melihat berapakah jumlah data yang dihantar dan diterima oleh sesuatu perisian. Ini sekaligus memudahkan anda memantau pelbagai informasi dan data yang dihantar dan diterima melalui rangkaian yang dihubungkan ke komputer berkenaan.

Perisian ini ditawarkan untuk pengguna Windows 8 dan Windows 10 sahaja, dan memerlukan anda menjalankan ia sebagai pentadbir untuk melihat pelbagai informasi pada perisian ini.

Muat-Turun Network Usage View untuk Windows



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perisian Ini Membantu Anda Memantau Informasi Penggunaan Rangkaian Di Komputer"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info