Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pembangun League of Legends Memfailkan Saman Terhadap Mobile Legends

Bagi anda yang mengikuti perkembangan arena e-sukan, mungkin sedia mengenali sejumlah permainan popular, termasuk salah satunya adalah League of Legends yang dibangunkan oleh Riot. Kini, Riot dilihat telah memfailkan saman ke atas salah satu permainan mudah-alih yang menawarkan pelbagai elemen rekaan dan permainan yang lebih kurang sama.

Daripada saman yang difailkan, Riot menamakan tiga permainan, iaitu Mobile Legends : 5V5 MOBA, Mobile Legends : Bang Band dan juga Magic Rush : Heroes.

Mobile Legends

Menurut saman yang difailkan, ia dikatakan Riot telah cuba menghubungi Google dan Apple untuk membuang aplikasi berkenaan, namun ia tidak membawakan hasil yang positif. Langkah ini diambil untuk mengatasinya, malah Riot mempercayai penerbit permainan mudah-alih ini telah menjana jutaan ringgit dengan “mencuri” hasil mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah keputusan mahkamah berkaitan dengan hal ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pembangun League of Legends Memfailkan Saman Terhadap Mobile Legends"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info