Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelancaran Versi Akhir Android O Semakin Hampir

Google sebelum ini telah mengeluarkan tiga versi pembangunan awal untuk Android O, dan hari ini, gergasi internet berkenaan telah pun mengeluarkan versi pembangunan ke-4 dan terakhir untuk Android O. Dengan pengenalan versi pembangunan akhir ini, pelancaran seterusnya adalah Android O versi stabil untuk semua pengguna.

Google melalui versi pembangunan awal ini membolehkan para pembangun untuk menguji aplikasi mereka supaya serasi dengan sistem operasi terbaru Android berkenaan.

Bagi para pembangun, anda boleh mendaftar kepada program beta dan menggunakan Android O Developer Preview ini pada beberapa peranti yang menyokongnya – termasuk Google Pixel, Pixel XL, Pixel C, Nexus 5X, Nexus 6P dan juga Nexus Player.

Dengan pengenalan versi akhir pembangunan ini, kita mungkin akan dapat melihat Android O dilancarkan pada bulan Ogos atau September. Dan semestinya, ramai yang menantikan apakah nama akhir untuk “O” kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pelancaran Versi Akhir Android O Semakin Hampir"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info