Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Paten Peranti Pintar RED Hydrogen One Menunjukkan Aksesori Modular Untuk Bateri Dan Kerangka Lensa DSLR

Minggu lalu gambar teaser untuk peranti pintar RED Hydrogen One diperlihatkan. Ia percubaan pertama dari RED untuk memasuki pasaran peranti pintar. Mereka menjanjikan kamera dengan paparan holografik dan audio pelbagai dimensi. Paten untuk peranti ini muncul di arena web dan menunjukkan beberapa aksesori modular yang bakal dihasilkan.

Paling menarik ialah aksesori yang mengubah Hydrogen One menjadi sebuah kamera rakaman video profesional. Kerangka kamera membolehkan lensa kamera DSLR digunakan. Aksesori lain seperti pek bateri, skrin, pelapik bahu dan pemegang boleh dipasang pada kerangka kamera. Ia mempunyai persamaan dengan sistem kamera RED sedia ada.

Aksesori modular bateri dan skrin dipasang secara bertingkat pada Hydrogen One. Ia menjadikan peranti lebih tebal berbanding peranti modular lain di pasaran seperti Motorola Moto Z2 Play. RED Hydrogen One akan dilancarkan pada tahun hadapan dengan harga bermula dari $1195 (~RM 5136). Ia mungkin projek peranti modular paling bercita-cita tinggi pernah dihasilkan setakat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Paten Peranti Pintar RED Hydrogen One Menunjukkan Aksesori Modular Untuk Bateri Dan Kerangka Lensa DSLR"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info