Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo Membuka Kedai Utama Pertama Rantau Asia Tenggara Di KLCC

Oppo pada hari ini telah menjadi salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Kini, dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan, dan memberikan lebih perkhidmatan kepada pengguna, Oppo Malaysia kini telah melancarkan kedai utama pertama di rantau Asia Tenggara, terletak di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Oppo Malaysia

Melalui kedai ini, selain membeli dan mendapatkan khidmat bantuan untuk produk Oppo – mereka juga turut menyediakan beberapa perkhidmatan tambahan seperti mengukir nama atas peranti Oppo, mencetak gambar, dan beberapa yang lain.

Anda turut boleh mendaftar menjadi rakan Oppo, serta mendapatkan sejumlah diskaun atas pembelian aksesori dan produk Oppo.

Bagi anda yang berminat, boleh singgah ke kedai flagship Oppo ini di Suria KLCC, Kuala Lumpur.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo Membuka Kedai Utama Pertama Rantau Asia Tenggara Di KLCC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info