Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NVIDIA GeForce Day Bakal Diadakan Di Pulau Pinang Pada Hujung Bulan Ini

Acara NVIDIA GeForce Day memperlihatkan teknologi-teknologi terbaru daripada syarikat pembuat kad grafik tersebut, dan ianya bakal diadakan di Malaysia sekali lagi. Akan tetapi, acara GeForce Day yang terbaru tersebut tidak akan diadakan di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, tetapi sebaliknya di Pulau Pinang.

Secara khususnya, acara GeForce Day tersebut akan diadakan di Hin Bus Depot, Pulau Pinang pada 29 haribulan Julai  2017, dan para pengunjung bakal dijamah dengan beberapa aktiviti menarik, termasuklah cabutan bertuah, kad-kad grafik terbaru berdasarkan GPU NVIDIA Pascal, sesi beramah-mesra bersama-sama pro-gamer, dan juga persembahan-persembahan yang cukup menarik.

NVIDIA juga membawa masuk pelbagai rakan-rakan kongsi pembuat kad grafik, termasuklah ASUS, MSI, ZOTAC dan sebagainya, dan pengunjung-pengunjung boleh melihat pelbagai kad grafik dan binaan komputer yang cukup menarik di acara GeForce Day tersebut. Acara ini juga adalah percuma, dan sesiapa sahaja boleh datang dan melawat.

Selain dari itu, pihak NVIDIA juga ingin membawa dua peminat laman Facebook NVIDIA yang bertuah untuk mengunjungi acara NVIDIA GeForce Day tersebut, dan pihak NVIDIA akan menanggung perbelanjaan pengangkutan dan penginapan ke Pulau Pinang melalui sebuah pertandingan Facebook.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "NVIDIA GeForce Day Bakal Diadakan Di Pulau Pinang Pada Hujung Bulan Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info