Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NASA Membangunkan Pesawat Supersonik Yang Lebih Senyap Untuk Kegunaan Masa Hadapan

Pesawat supersonik komersial Concorde melakukan penerbangan terakhir pada 2003. Pesawat ini dihentikan operasi kerana kos selenggara yang tinggi dan tubuh yang telah terlalu usang. Pembangunan pesawat supersonik generasi terbaru kini sedang dibangunkan oleh NASA melalui projek QueSST (Quiet Super Sonic Transport). Pihak NASA kini mengumumkan mereka menerima bidaan dari pengeluar pesawat untuk menghasilkan prototaip pertama pesawat ini.

NASA Supersonic

QueSST mensasarkan pesawat yang hanya menghasilkan sekitar 65 dBa apabila bergerak pada kelajuan supersonik. Ini adalah bersamaan dengan bunyi yang dihasilkan kereta sedan yang bergerak di lebuh raya. Had bunyi ini perlu dipenuhi kerana antara faktor kegagalan Concorde. Ia dihalang terbang di kawasan berpenghuni kerana bunyi bising mencecah 90 dBa.

NASA akan membelanjakan sehingga $390 Juta dengan sasaran melakukan ujian penerbangan pertama pada tahun 2022. Pesawat prototaip ini mempunyai panjang 28 meter dan mampu terbang pada ketinggian 55,000 kaki. Kejayaan prototaip ini akan membuka era kedua pengangkutan supersonik komersial.

Hanya Amerika Syarikat sedang serius membangunkan pesawat supersonik pada waktu ini. Ini ialah peluang mereka untuk menebus kegagalan projek SST Boeing 2707 yang dihentikan pembangunannya pada tahun 1971. Ia adalah titik hitam di dalam sejarah aeronautik Amerika Syarikat kerana dikalahkan oleh Soviet (Tupolev Tu-144) dan Eropah (Aérospatiale/BAC Concorde).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "NASA Membangunkan Pesawat Supersonik Yang Lebih Senyap Untuk Kegunaan Masa Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info