Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mungkinkah Apple iPhone 2017 Kelihatan Seperti Ini?

Menjadi kebiasaan untuk kita melihat rekaan konsep peranti hadir beberapa bulan sebelum peranti berkenaan dilancarkan. Kini, sebuah video baru hadir ke arena internet, memperlihatkan apakah yang dikatakan sebagai iPhone baru yang bakal hadir pada 2017 ini.

Video ini hadir melalui kerjasama OnLeaks dan Tiger Mobiles, dimana mereka hadir dengan replika berasaskan kepada rekaan skematik CAD yang didapati mereka.

Rekaan ini memperlihatkan kedudukan dwi-kamera secara menegak mungkin untuk menjadikan ia selesa untuk digunakan bagi tujuan AR, selain rakaman video dan gambar secara melintang. Walaubagaimanapun, memandangkan ia berasaskan kepada rekaan skematik beberapa bulan lepas, maka tidak mustahil kita melihat Apple melakukan perubahan pada rekaan akhir iPhone mereka.

Untuk makluman, ia menjadi kebiasaan untuk para pengeluar peranti untuk mencuba sejumlah rekaan berbeza sebelum memilih rekaan akhir peranti berkenaan.

Sekiranya rekaan iPhone baru adalah sebegini, apa kata anda?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mungkinkah Apple iPhone 2017 Kelihatan Seperti Ini?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info