Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MSI Memperkenalkan Papan Kekunci Mekanikal GK-701 RGB Dengan Sokongan Mystic Light

Tidak cukup dengan membuat papan induk, kad grafik, komputer dan laptop, nampaknya MSI sedang gah untuk meluaskan lagi portfolio mereka dengan mengumumkan aksesori-aksesori gaming seperti papan kekunci dan juga tetikus khas untuk permainan komputer.

Terkini, syarikat tersebut dilihat mengumumkan papan kekunci mekanikal MSI GK701 RGB yang menggunakan suis Cherry MX Speed Silver bersama-sama dengan sistem pencahayaan RGB yang boleh dikawal menggunakan perisian MSI Mystic Light. Papan kekunci ini sedikit berbeza dengan papan kekunci MSI GK701 sebelum ini yang menggunakan suis Cherry MX Brown dan juga

Papan kekunci ini juga hadir dengan sejumlah butang multimedia untuk mengawal video dan bunyi komputer anda, manakala semua kekunci papan kekunci GK701 RGB ini mempunyai daya ketahanan yang cukup tinggi dan mampu menahan sehingga 50 juta tekanan kekunci.

Buat masa ini, pihak MSI masih belum lagi mengumumkan bila papan kekunci ini akan hadir, dan tanda harganya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MSI Memperkenalkan Papan Kekunci Mekanikal GK-701 RGB Dengan Sokongan Mystic Light"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info