Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – HP Omen, Surface Pro 2017, YouTube Kids Offline

Minggu ini, pihak HP Malaysia telah melancarkan komputer dan komputer riba memfokuskan permainan video untuk pasaran tempatan dibawah jenama HP Omen. Bersama-sama dengannya juga, HP turut mengumumkan acara e-sukan Dota2 dengan hadiah berjumlah RM20,000.

Selain HP, Microsoft sendiri telah mula mengambil pra-tempahan untuk Surface Pro generasi terbaru oleh pengguna tempatan. Samsung pada minggu ini turut telah mengumumkan yang mana Galaxy Note 8 akan dilancarkan pada penghujung Ogos kelak.

Dalam arena perisian, Avast kini telah mengambil-alih Piriform, iaitu syarikat disebalik perisian popular CCleaner. Disamping itu, Xiaomi telah berkongsi mengenai peranti-peranti yang akan menyokong MIUI9, selain Apple sendiri telah mengumumkan sejumlah emoji baru yang akan ditambah pada sistem operasi mereka.

Jide pula membuat kejutan dengan mengumumkan penamatan pembangunan Remix OS untuk para pembangun. Google minggu ini turut memperkenalkan sokongan melawat Stesen Angkasa Antarabangsa melalui Street View.

Dan akhir sekali, Google pada minggu ini turut telah menambah sokongan menonton YouTube Kids secara luar-talian melalui kemaskini aplikasi baru.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – HP Omen, Surface Pro 2017, YouTube Kids Offline"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info