Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Menggunakan Waze Pada iPhone? Kini Anda Boleh Gunakan Suara Sendiri Untuk Navigasi

Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi popular, terutamanya dikalangan pengguna Malaysia. Melaluinya, ia membolehkan pengguna mengaktifkan ciri navigasi, dan menerima arahan berasaskan suara ketika memandu.

Sehingga kini, Waze hanya menawarkan kemudahan untuk menggunakan suara yang disediakan sahaja pada aplikasi berkenaan. Namun, pada bulan lepas, Waze telah menawarkan ciri khusus untuk pengguna Android bagi merakamkan suara mereka untuk tujuan navigasi dan menggunakannya ketika memandu.

Kini, fungsi lebih kurang sama turut diperkenalkan untuk pengguna peranti iOS.

Melalui kemaskini Waze terbaru untuk iOS, anda kini boleh merakamkan suara sendiri dan menggunakan ia ketika navigasi.

Waze Voice Recorder

Untuk memulakan rakaman, anda hanya perlu ke halaman tetapan Waze, memilih Sound & Voice, dan memilih pilihan Voice Directions. Seterusnya, anda akan dapat melihat pilihan untuk merakamkan suara sendiri untuk navigasi berdasarkan kepada sejumlah tetapan telah disediakan.

Bagi anda yang menggunakan Waze, mungkin boleh mencubanya, dan menggunakan suara anda sendiri dalam navigasi harian anda.

Muat-Turun Waze untuk iPhone



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Menggunakan Waze Pada iPhone? Kini Anda Boleh Gunakan Suara Sendiri Untuk Navigasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info