Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Malaysia Menduduki Tangga Ketiga Dalam Indeks Keselamatan Siber Global

UN (United Nations) kini telah mengeluarkan laporan Global Cybersecurity Index kedua mereka yang mengambil kira sejumlah aspek berkaitan keselamatan siber sesuatu negara dan memberikan skor untuknya. Daripada laporan yang dikeluarkan, Malaysia menduduki tangga ketiga – sekaligus mendahului sejumlah negara yang lain dalam arena keselamatan siber.

Malaysia, hanya didahului oleh Singapura pada tangga pertama dan Amerika Syarikat di tangga kedua.

Global Cybersecurity Index

Skor diberikan dengan mengambil kira sejumlah apsek kritikal berkaitan keselamatan siber – termasuk berkaitan perundangan, kepakaran, kerjasama, implementasi teknikal dan lain-lain.

Arena keselamatan siber semakin membimbangkan akhir-akhir ini dengan pelbagai serangan yang berlaku setiap hari dalam mendapatkan data mahupun memegang fail pengguna sebagai tebusan.

Menurut ITU sendiri, sekitar 1% daripada emel yang dihantar pada 2016 yang lepas adalah emel dengan tujuan untuk serangan siber.

Laporan UN ini juga memperlihatkan Malaysia mempunyai skor penuh pada arena pembangunan kapasiti – apatah lagi dengan sejumlah inisiatif dalam arena keselamatan siber ini.

Dengan langkah pengeluaran angka indeks keselamatan siber ini, ia dijangka akan mengalakkan usaha untuk meningkatkan keselamatan siber seluruh dunia.

Baca : Laporan Penuh GSI



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Malaysia Menduduki Tangga Ketiga Dalam Indeks Keselamatan Siber Global"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info