Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Konsol Atari Terbaru, Ataribox Diperlihatkan

Pada bulan lepas, Atari telah memperlihatkan sebuah video teaser ringkas untuk produk Atari terbaru mereka, Ataribox. Kini, selang sebulan, pihak Atari telah pun memperlihatkan bagaimanakah rekaan Ataribox ini akan kelihatan.

Ataribox ini hadir dalam dua rekaan, satu menggunakan rekaan berasaskan kayu mengambil inspirasi Atari 2600, selain satu lagi hadir dalam rekaan berwarna hitam-merah. Info penuh mengenai konsol terbaru ini masih tidak dikongsikan oleh pihak Atari buat masa ini. Namun, ia dilihat akan menyokong kad-SD, HDMI dan juga hadir dengan port USB secara terbina.

Ataribox

Ataribox ini juga bakal menyokong pelbagai permainan klasik, termasuk beberapa kandungan baru.

Info penuh mengenai konsol Ataribox ini seperti harga, tarikh jualan dan sebagainya dijangka akan dikongsikan pada masa akan datang.

Konsol ini mungkin disasarkan kepada mereka yang ingin memainkan kembali sejumlah permainan nostalgia – lebih kurang seperti apa Nintendo buat dengan penawaran konsol klasik mereka akhir-akhir ini dengan memberikan nafas baru untuknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Konsol Atari Terbaru, Ataribox Diperlihatkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info