Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan Malaysia Tidak Bercadang Mengharamkan Aplikasi Telegram Buat Masa Ini

Minggu lalu kerajaan Indonesia mengharamkan akses kepada aplikasi pemesejan popular Telegram. Ini adalah kerana mereka menemui kandungan yang didapati menyebarkan fahaman pengganas yang mendatangkan bahaya kepada masyarakat. Di Malaysia buat masa ini kerajaan masih belum bercadang untuk mengikut langkah yang sama.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dipetik berkata, hasil penelitian yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Unit Anti Keganasan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap aplikasi itu setakat ini mendapati tiada sebarang unsur yang mengakibatkan jenayah.

Kerajaan menghormati hak pengguna di negara ini dan tidak berniat mengganggu penggunaan aplikasi Telegram buat masa ini. Tetapi beliau menambah pihak KDN ada menemui elemen menyokong Daesh di platform WhatsApp, Instagram dan YouTube di Malaysia. Sungguhpun akses kepada ketiga-tiga aplikasi ini tidak dihalang, ia sentiasa dipantau oleh pihak keselamatan negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Malaysia Tidak Bercadang Mengharamkan Aplikasi Telegram Buat Masa Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info