Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan Amerika Syarikat Kini Membenarkan Komputer Riba Dibawa Masuk Melalui Lapangan Terbang Abu Dhabi

Beberapa bulan yang lalu, kerajaan Amerika Syarikat melarang komputer riba daripada dibawa masuk ke negara tersebut melalui penerbangan daripada negara-negara Arab atas alasan keselamatan.

Terkini, nampaknya kerajaan tersebut akan membenarkan penumpang-penumpang penerbangan daripada lapangan terbang Abu Dhabi untuk membawa masuk komputer riba dan tablet bersama-sama mereka di dalam penerbangan ke Amerika Syarikat.

Menurut seorang jurucakap daripada Department of Homeland Security, kerajaan Amerika berpuas hati dengan langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh lapangan terbang tersebut, dan telahpun mengangkat larangan membawa komputer riba tersebut.

Daripada kesemua lapangan terbang negara Arab yang dikenakan larangan sebelum ini, hanya lapangan terbang Abu Dhabi yang kini terkecuali. Kerajaan Amerika Syarikat masih belum memberikan kata putus sama-ada lapangan-lapangan terbang lain bakal diberikan kelulusan yang sama atau tidak pada masa yang terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Amerika Syarikat Kini Membenarkan Komputer Riba Dibawa Masuk Melalui Lapangan Terbang Abu Dhabi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info