Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemampuan Senjata Railgun Amerika Syarikat Akan Dipertingkatkan Bagi Membedil Sasaran Sejauh 100 Batu Nautika

Senjata artileri paling berkuasa pernah digunakan pada kapal perang ialah meriam 40 cm/45 Type 94. Meriam dengan kaliber 460 mm ini diklasifikasikan sebagai 400 mm oleh empayar Jepun bagi merahsiakan kemampuan sebenarnya. Ia digunakan pada kapal perang Yamato pada Perang Dunia Kedua dan mampu membedil sasaran sejauh 42 kilometer. Sistem railgun yang akan diuji Amerika Syarikat bakal memecahkan rekod Jepun ini.

Railgun Electro-Magnetic Laboratory Rail Gun (32-MJ LRG) buatan BAE Systems akan diuji musim panas ini di Pusat Perang Permukaan Angkatan Laut A.S. Dengan kuasa mencecah 32 Megajoule, ia diramalkan dapat membedil sasaran sejauh 100 batu nautika dengan kelajuan peluru melangkaui Mach 6.

Senjata railgun sudah diuji sejak 2009 bagi menggantikan sistem meriam yang menggunakan serbuk bedil konvensional. Sistem elektromagnet melontar peluru kepada sasaran tanpa bahan letupan. Malahan peluru meriam railgun juga tidak dilengkapi dengan kepala peledak (warhead). Kemusnahan ke atas sasaran dilakukan sepenuhnya oleh tenaga kinetik peluru yang bergerak pada kelajuan supersonik.

Ini memberikan beberapa kelebihan kepada kapal perang yang menggunakan railgun. Pertama sekali ia lebih selamat kerana kapal tidak menyimpan sebarang letupan. Kemampuan membedil musuh pada jarak lebih selamat dan pantas memberikan kelebihan taktikal.

Pihak Tentera Laut A.S masih belum mempunyai tarikh muktamad bilakah sistem railgun akan digunakan pada kapal kelas Zumwalt yang sudah beroperasi sejak 2013. Di dalam dunia fiksyen pula railgun boleh dilihat digunakan pada USS Kidd di dalam filem Transformers Revenge of The Fallen.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemampuan Senjata Railgun Amerika Syarikat Akan Dipertingkatkan Bagi Membedil Sasaran Sejauh 100 Batu Nautika"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info