Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kaspersky Membuka Ibu Pejabat APAC Baru Di Singapura – Pusat R&D Dan Pemantauan Keselamatan Digital Serantau

Dalam usaha mengekang serangan digital di rantau Asia, syarikat pembuat perisian keselamatan digital Kaspersky baru sahaja membuka ibu pejabat rantau Asia Pasifik mereka di Singapura.

Ibu pejabat baru yang berpangkalan di Sentosa tersebut merupakan sebuah penaiktarafan daripada pejabat sebelum ini, yang hanyalah sebuah pejabat pentadbiran serantau. Pejabat Kaspersky APAC yang terbaru ini juga menempatkan sebuah pasukan khas GReAT (Global Research Team) yang ditugaskan untuk tugas-tugas R&D dan pemantauan keselamatan digital di rantau ini.

Pasukan GReAT rantau APAC diketuai oleh Vitaly Kamluk, seorang penyelidik keselamatan digital yang mempunyai pengalaman yang cukup mendalam mengenai topik keselamatan dan jenayah digital.

Teoh Chin Hock, penolong pengarah CSA juga menyatakan bahawa lima rakyat Singapura dihantar ke Moscow until menerima latihan dibawah Kaspersky, dan kini dua daripada mereka sedang bekerja dibawah CSA.

Menurut Stephan Neuemeier, Pengarah Urusan Kaspersky APAC, Kaspersky bekerjasama dengan agensi-agensi seperti CSA Singapura dan CyberSecurity Malaysia untuk mengekang masalah serangan digital yang semakin menular di seluruh dunia kebelakangan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kaspersky Membuka Ibu Pejabat APAC Baru Di Singapura – Pusat R&D Dan Pemantauan Keselamatan Digital Serantau"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info