Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Karya Animasi Les Copaque Kini Boleh Distrim Di China Menerusi Youku

Upin dan Ipin dan Puteri adalah antara karya animasi yang dihasilkan oleh Le Copaque. Syarikat animasi Malaysia ini mengembangkan sayap mereka ke China dan kandungan mereka secara rasmi boleh distrim menerusi Youku. Perjanjian telah ditandatangani di antara Les Copaque, Youku dan Nicecrown International Limited.

Menerusi perjanjian ini Nicecrown International Limited akan menjadi pengedar eksklusif tunggal Upin & Ipin di rantau China dan Hong Kong, Macau dan Taiwan. Selain Upin dan Ipin, siri animasi Pada Zaman Dahulu dan Puteri turut dapat distrim menggunakan Youku yang merupakan platform video nombor satu di China. Ini memberikan karya mereka akses kepada 500 Juta penonton setiap bulan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Karya Animasi Les Copaque Kini Boleh Distrim Di China Menerusi Youku"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info