Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kajian Mendapati Tiada Kaitan Kelakuan Ganas Dengan Tabiat Bermain Permainan Video Ganas

Sejak dari kecil kami diberitahu permainan video yang ganas akan menyebabkan kelakuan ganas pada pemain. Permainan DOOM dipersalahkan atas kejadian tembak menembak di Columbine. Golongan anti permainan video pernah cuba mengharamkan Mortal Kombat kerana ditakuti akan menghasilkan generasi pembunuh.

Sebuah kajian terbaru dari Jerman telah membuktikan bahawa ini adalah tidak benar sama sekali. Kajian yang dilakukan oleh Gregor R. Szycik, Bahram Mohammadi ,Thomas F. Münte dan Bert T. te Wildt menggunakan imbasan fMRI (functional Magnetic Resonance Imaging) untuk melihat perbezaan otak pemain permainan video. Kajian dilakukan ke atas pemain permainan ganas tegar seperti Call of Duty dan mereka yang tidak bermain permainan video ganas.

Kajian mendapati sungguhpun mereka bermain selama tiga jam sehari, tiada perbezaan pada otak ditemui pada kumpulan pemain. Pemain tidak menunjukkan pengurangan empati dan pengurangan sensitiviti pada keganasan.

Oleh itu para pengkaji mengeluarkan hipotesis bermain permainan video adalah simptom seseorang itu mengalami masalah keganasan dan bukanlah penyebab seperti yang dipercayai selama ini. Kami sendiri adalah peminat permainan video ganas seperti Mortal Kombat, Manhunt. GTA dan Doom). Setakat ini kami tidak pernah menyimpan niat membunuh manusia secara rawak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kajian Mendapati Tiada Kaitan Kelakuan Ganas Dengan Tabiat Bermain Permainan Video Ganas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info