Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kad Grafik AMD Vega Frontier Edition Dilengkapi Penyejuk Cecair Mula Dijual Untuk $1489

Kad grafik AMD Vega Frontier sudahpun mula dijual untuk mereka yang bekerja di industri rekaan, kejuruteraan dan sebagainya, dan kini, nampaknya AMD sedia menaiktarafkan kad tersebut dengan memuatkan sebuah penyejuk cecair di dalamnya, sesuatu yang semakin biasa kebelakangan ini.

Dari segi rekaan, kad grafik ini tidaklah terlalu berbeza berbanding dengan AMD Radeon Vega sebelum ini, dengan satu-satunya perbezaan nyata yang dapat dilihat ialah penggunaan radiator cecair untuk menyejukkan cip pemprosesan grafik kad tersebut.

Dari segi I/O, kad grafik AMD Radeon Vega ini hadir dengan tiga buah port DisplayPort 1.4 yang menyokong teknologi paparan HDR (High Dynamic Range) dan juga sebuah port HDMI yang menyokong keluaran ke paparan dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 60FPS. Ia juga menggunakan dua palam 8-pin PCIe untuk menggerakkannya.

 

Spesifikasi kad grafik ini juga tidak berbeza sama sekali dengan kad grafik Radeon Vega yang menggunakan penyejuk kipas. Ia mempunyai memori HBM2.0 sebanyak 16GB, akan tetapi, kelajuannya masih tidak lagi diberitahu. Dari segi penggunaan elektrik, ia boleh memakan sebanyak 375W, 75W lebih tinggi dari penggunaan tenaga asal. Ini boleh dikaitkan dengan bukan sahaja kepada penggunaan penyejuk cecair, tetapi kelajuan kad tersebut, yang dikatakan boleh mencecah kelajuan teoretikal maksima 1630MHz.

Kad grafik ini boleh dibeli di beberapa kedai atas talian seperti SabrePC dan Computerbase. untuk harga $1489 (RM 6391). Tiada sebarang kata lagi tentang bila dan jika kad grafik ini akan hadir di pasaran Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kad Grafik AMD Vega Frontier Edition Dilengkapi Penyejuk Cecair Mula Dijual Untuk $1489"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info