Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jenama Telefon Mewah, Vertu Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran

Vertu merupakan salah satu jenama telefon pintar mewah yang telah dimulakan oleh Nokia pada era kegemilangan mereka. Sejak daripada itu, ia telah bertukar beberapa tangan, dan terkini ia dimiliki oleh jutawan Murat Hakan Uzan.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Vertu akan menutup operasi pengeluaran mereka di UK disebabkan oleh hutang. Ia dikatakan Vertu mempunyai hutang sekitar £138 juta, dan penutupan ini akan memberikan kesan terhadap lebih 200 pekerja di sana. Ia turut dikatakan hanya bahagian pengeluaran sahaja yang terkesan dengan perkara ini, sementara bahagian lain masih beroperasi seperti biasa buat masa ini.

Perkara ini semestinya mengejutkan ramai, memandangkan hanya sebulan yang lepas Vertu menandatangani perjanjian bersama TCL Communication.

Uzan akan kekal memegang jenama, teknologi dan perlesenan milik Vertu – dan dikatakan akan melihat untuk membangunkan kembali telefon Vertu – tetapi tidak diketahui bilakah ia akan dilakukan.

Memandangkan pada hari ini terdapat sejumlah besar pilihan peranti – termasuk lebih ramai yang memilih produk keluaran Apple sebagai produk mewah, maka ia mungkin sedikit sukar untuk Vertu bersaing terus dengan jenama-jenama lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jenama Telefon Mewah, Vertu Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info