Sembang Maniac

Sembang-sembang je

#iPhone10Tahun – Perbandingan Antaramuka iPhone OS Terdahulu vs iOS Terkini


Selamat datang ke #iPhone10Tahun, siri artikel dan video di Amanz dalam meraikan ulang tahun kelahiran iPhone yang kini telah memasuki satu dekad. Dalam siri ini, kami mengupas beberapa perkara mengenai iPhone seperti teknologi dan sejarahnya dalam mempengaruhi penggunaan peranti pintar pada saat ini.


Untuk artikel pertama di bawah siri ini, kami ingin mengajak untuk meninjau kembali antaramuka yang telah digunakan pada iPhone 2G dan dibandingkan dengan antaramuka yang hadir pada iPhone terkini iaitu iPhone 7 Plus. Versi iPhone OS yang digunakan pada iPhone 2G ialah iPhone OS 3.1.3 iaitu versi iPhone OS terakhir untuk peranti ini. Manakala untuk iPhone 7 Plus, kami telah menjalankan iOS 11 Developer Beta 2 iaitu versi iOS paling terkini yang boleh didapati pada saat artikel ini ditulis.

Satu perkara yang menarik perhatian kami adalah bagaimana antaramuka iOS masih kelihatan konsisten terutama dari segi perletakkan ikon pada homescreen, butang navigasi, dan antaramuka Settings. Ia mengingatkan kami melihat Mac OS versi pertama yang mana masih menawarkan antaramuka yang hampir serupa apabila dibandingkan dengan macOS terkini.

iPhone OS sejak dari awal telah membawa antaramuka skeuomorphism design iaitu design language yang mengambil ilham objek asal untuk dijadikan sebagai antaramuka. Sebelum Jony Ive, pembangunan antaramuka iPhone diketuai oleh Scott Forstall, iaitu insan yang bertanggungjawab dalam mereka bentuk antaramuka pada iPhone. Antaramuka ini boleh dilihat pada aplikasi seperti Notes, yang membawakan tampilan seumpama buku nota fizikal.

Penampilan antaramuka skeuomorphism ini telah digunakan sehingga iOS 6, selepas Scott Forstall diberhentikan akibat enggan menandatangani permohonan maaf yang dikeluarkan oleh Apple mengenai isu Apple Maps. Pada Oktober 2012, Jony Ive mengambil-alih bahagian yang memfokuskan kepada pembangunan “human interface” dengan membawa nafas baru pada antaramuka perisian daripada Apple.

Bermula iOS 7 dan seterusnya, antaramuka iOS diubah secara drastik dengan penampilan yang lebih kemas, ceria, dan moden melalui binaan antaramuka yang lebih polarize. Binaan ini memperlihatkan binaan ikon secara campuran, yang merangkumi elemen flat design (ikon Calendar), gradient (ikon Messages, App Store), drop shadow (ikon Videos) dan 3D (ikon Game Centre). Antaramuka ini masih digunakan pada iterasi iOS terkini, dengan menawarkan sedikit tweak pada beberapa ikon aplikasi utama.


Lockscreen


Homescreen


Spotlight


Dialer


Message


Settings


App Store


Safari


Camera


Photos


Music


Notes


Clock


Stocks


Calculator


Calendar


Weather


Maps


Secara kasarnya, Apple telah berjaya membina sebuah sistem operasi mudah-alih yang mesra pengguna, tanpa perlu mempelajarinya terlebih dahulu. Dalam masa 10 tahun, ia telah mempengaruhi banyak sistem operasi selepasnya, dalam menampilkan sebuah sistem operasi yang turut mudah digunakan untuk kesemua golongan usia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "#iPhone10Tahun – Perbandingan Antaramuka iPhone OS Terdahulu vs iOS Terkini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info