Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iFlix Kini Mempunyai Lebih 5 Juta Pengguna – Mula Menawarkan Kandungan Eksklusif Tersendiri

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang dibangunkan di Malaysia, dan ditawarkan di sejumlah negara membangun seluruh dunia. Ia sedia menawarkan sejumlah rancangan televisyen dan filem. Dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan dan bersaing dengan yang lain, iFlix sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan kandungan terbitan eksklusif untuk platform berkenaan.

iFlix Original Series

Bermula daripada minggu ini, iFlix kini menerbitkan siri komedi yang dinamakan sebagai Oi! Jaga Mulut, dan episod baru untuknya akan diterbitkan setiap Isnin.

Disamping berkongsi mengenai penawaran kandungan eksklusif tersendiri, iFlix turut mengumumkan yang mana kini mereka mempunyai lebih daripada 5 juta pengguna, dan telah menstrim lebih 5 bilion minit sejak ia dilancarkan. Buat masa ini, iFlix beroperasi di sekitar 18 buah negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iFlix Kini Mempunyai Lebih 5 Juta Pengguna – Mula Menawarkan Kandungan Eksklusif Tersendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info