Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Humble Capcom Rising Bundle Menawarkan Koleksi Permainan Dead Rising, DMC Dan Resident Evil

Bagi peminat siri permainan seram, penawaran terkini dari Humble Bundle minggu ini adalah amat menarik. Humble Capcom Rising Bundle menawarkan koleksi permainan seram keluaran Capcom seperti Dead Rising, Devil May Cry dan Resident Evil

 

Pada sumbangan sebarang nilai (dengan minima $1), pengguna akan mendapat permainan DmC : Devil May Cry, Strider dan Umbrella Corps.

Pada sumbangan nilai purata $7.31 pula, lima permainan tambahan diberikan, iaitu Umbrell Corps : Deluxe Edition Upgrade Pack, Dead Rising 2 : Off The Records, Resident Evil HD Remaster, Resident Evil 0 HD Remaster dan Resident Evil 6.

Dan dengan membuat sumbangan minima $12, pengguna akan diberikan semua permainan dan termasuk Dead Rising 2 dan Dead Rising 3 : Apocalype Edition.

Kesemua permainan ini adalah khusus untuk Windows, dan pengguna akan diberikan kod melalui Steam. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Humble Bundle hari ini.

Layari : Humble Capcom Rising Bundle



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Humble Capcom Rising Bundle Menawarkan Koleksi Permainan Dead Rising, DMC Dan Resident Evil"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info