Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HMD Global Bakal Membawa Kembali Lensa Optik ZEISS Ke Telefon Pintar Nokia

Bagi anda yang merupakan peminat tegar Nokia, semestinya mengetahui akan yang mana beberapa telefon Nokia sebelum ini sedia hadir dengan lensa optik Carl Zeiss yang menawarkan kualiti rakaman dan ketahanan yang baik.

Kini, dengan HMD Global yang kembali memfokuskan kepada arena peranti mudah-alih melalui pemasaran peranti berjenama Nokia, mereka turut telah mengumumkan kerjasama eksklusif bersama ZEISS.

Melalui kerjasama eksklusif antara ZEISS ini, telefon pintar Nokia akan datang bakal mengintegrasikan kepakaran pengimejan daripada rekaan optik, perisian dan sebagainya bersama pihak ZEISS.

Buat masa ini, kedua-dua syarikat tidak mengumumkan bilakah kita akan melihat peranti pertama menggunakan teknologi optik ZEISS ini. Tetapi dengan teknologi seperti Nokia Pureview sebelum ini, semestinya ramai yang menantikan kamera yang sangat baik melalui peranti berjenama Nokia akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HMD Global Bakal Membawa Kembali Lensa Optik ZEISS Ke Telefon Pintar Nokia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info