Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Harga Jualan Vivo V5 Dikemaskini – Bermula RM 1099

Vivo V5 amat sinonim dengan selfie lembut. Iklan yang dibintangi oleh biduanita Siti Nurhaliza pula kerap dilihat di kaca TV. Harga peranti yang dilancarkan di Malaysia pada November tahun lalu dikemaskini ke RM 1099, turun RM 100 dari harga sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, Vivo V5 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD (1280×720 pixel), dijana menggunakan cip MediaTek MT6750, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, dan juga bateri berkapasiti 3000mAh.

Untuk rakaman kamera, Vivo V5 yang memfokuskan selfie ini menawarkan kamera hadapan 20-megapixel yang turut hadir dengan sokongan pencahayaan yang Vivo panggil sebagai softlight. Untuk kamera utama, ia menggunakan kamera 13-megapixel dengan lampu LED.

Pada waktu yang sama pembeli Vivo V5 Plus pula akan menerima hadiah percuma premium dalam bentuk kerangka telefon, kantung kulit, tiket wayang dan insurans skrin peranti pecah selama 12 bulan. Promosi akan ditawarkan dari 15 Julai sehingga 6 Ogos 2017.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Harga Jualan Vivo V5 Dikemaskini – Bermula RM 1099"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info