Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hanya Sekitar 1 Daripada 10 Peranti Android Sahaja Yang Menggunakan Nougat

Google sering mengemaskini angka statistik penggunaan versi Android dikalangan pengguna seluruh dunia. Terkini, untuk bulan Julai, angka terkini telah pun diterbitkan, memperlihatkan penggunaan Android Nougat mencapai angka 11.5% – sekaligus buat pertama kali melangkaui angka 10%.

Ia mengambil masa sekitar lebih 10 bulan untuk mencapai angka berkenaan, dan sehingga kini, versi yang paling popular adalah Android Marshmallow dengan mencapai 31.8%, dan Android Lollipop pula mencapai angka 30.1%.

Android Kitkat pula kini digunakan sekitar 17.1% peranti Android seluruh dunia.

Google Android Julai

Bercakap mengenai kemaskini sendiri, masih terdapat ramai pengeluar yang tidak menawarkan sebarang kemaskini versi terbaru – terutamanya untuk peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan yang digunakan meluas.

Google sendiri melihat kepada beberapa kaedah untuk menawarkan kemaskini semasa untuk pengguna, malah telah mula menawarkan kemaskini sekuriti melalui Google Play Store sejak sebelum ini.

Dengan Android O yang bakal dilancarkan dalam beberapa bulan sahaja lagi, ia sedikit menyedihkan untuk melihat angka Nougat baru sahaja melangkaui 10%.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hanya Sekitar 1 Daripada 10 Peranti Android Sahaja Yang Menggunakan Nougat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info