Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Grab Menyertakan Butang Pintas Untuk Kecemasan Pada Aplikasi Mereka

Kerajaan sebelum ini telah meminta para penyedia perkhidmatan tempahan pengangkutan seperti Grab dan Uber untuk menyertakan butang SOS atau kecemasan. Kini, ia dilihat Grab telah mula menawarkan integrasi berkenaan pada aplikasi mereka.

Integrasi butang ini dilihat telah dilakukan untuk seketika, tetapi baru kami perasan ketika penggunaan kami hari ini.

Grab Kecemasan

Melalui butang berkenaan, ia tidak melakukan sebarang perkara khusus – sebaliknya ia mendail “999” melalui telefon kita, dan menghubungkan pengguna kepada pihak berkaitan.

Seperti biasa, sebagai alternatif, anda turut boleh mendail terus ke talian kecemasan sekiranya memerlukan bantuan – memandangkan bukan sentiasa anda akan melihat aplikasi Grab ketika sedang tuju ke sesuatu destinasi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Grab Menyertakan Butang Pintas Untuk Kecemasan Pada Aplikasi Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info